“Terus dihalau keluar kampung” – [VIDEO] Adik Perempuan Kantoikan Abang, Curi & Simpan Beribu Pakaian Dalam Orang Kampung
Seorang lelaki berstatus duda ditahan selepas didapati mencuri ribuan pakaian dalam wanita milik jirannya, sejak setahun lalu. Menurut Detik, kejadian itu berlaku di Desa Sei Bamban di daerah Serdang Bedagai, Medan pada 13 Ogos lepas.
Terdahulu, penduduk kampung berasa hairan kerana ramai di antara mereka selalu kehilangan pakaian dalam masing-masing. Isu itu menjadi tanda tanya sehinggalah perbuatan duda terbabit dibongkarkan oleh adik perempuannya sendiri.
Menurutnya, dia menjumpai guni berisi pakaian dalam wanita ketika sedang mengemas bilik abangnya itu yang tidak pernah dimasuki oleh sesiapa pun sebelum ini.
Disebabkan itulah ‘harta karun’ yang disimpan rapi oleh duda tersebut langsung tidak diketahui oleh mana-mana ahli keluarga mereka. Menurut ketua kampung itu, Ofyar Azwar,
“Setiap hari, lelaki itu akan mengemas biliknya, namun pada pagi kejadian, adik perempuannya masuk untuk membantu mengemas bilik abangnya itu..”
“Ketika mengemas, adiknya pelik apabila menemui guni besar disimpan di dalam bilik itu. Selepas dibuka, ternyata guni itu berisi pakaian dalam wanita.”
Menurut laporan Kumparan, duda tersebut mengaku menyimpan koleksi pakaian dalam yang dicuri itu untuk dicium-cium dan sesetengah pakaian dalam itu didapati sudah digunting di bahagian tengah!
Ketika dikeluarkan dari guni ternyata ada ribuan pakaian dalam. Jika mahu dijual ia sudah pasti tidak akan disimpan dalam kuantiti sebanyak ini.”
Selepas berita itu terbongar di seluruh kampung, ramai penduduk yang mengambil semula pakaian dalam dicuri duda terbabit dan membakarnya.
Ada yang diambil dan terus dibuang. Tapi ada juga yang ambil dan dibakar.”
Duda itu dikatakan sudah terlampau malu untuk tinggal di situ dan juga mengikut permintaan penduduk yang menyuruhnya agar pergi dari Desa Sei Bamban.





Komentar
Posting Komentar